Rabu, 17 Juni 2020

BEKAM (HIJAMA) JUGA MENYINGKIR SEJUMLAH BANGKAI SEL² DARAH MERAH MATI

Tahukah anda sel² darah merah yg mati selepas 120 hari boleh mengendap dan menjadi antara penyumbang kpd penyempitan atau pengerasan pembuluh darah arteri (aterosklerosis) yg mana akhirnya nanti  boleh menyumbang kepada penyakit jantung koronari, kerosakan ginjal, serangan jantung, angina dsbnya ? Bukan sahaja lemak, kolesterol, kalsium tetapi bangkai² sel darah merah mati juga merupakan antara bahan² yg boleh berkombinasi dlm plak² lemak terutamanya apabila lesi/luka/kerosakan berlaku pada dinding pembuluh darah arteri. Dalam keadaan normal, sel² darah merah mati atau rosak akan melalui proses fagositosis iaitu mereka akan ditelan dan diurai oleh makropaj yg  terdpt pada tisu hati, limpa dan tulang sum. Zat besi yg terdpt padanya akan dibawa oleh sejenis protein iaitu transferin ke tulang sum² utk digunakan semula bagi penghasilan sel² darah merah baru. Manakala heme ditukar kpd biliverdin/bilirubin, diangkut ke dlm pundi hempedu dan disalur ke usus utk memberi warna kepada najis. Globin pula diurai kpd amino asid utk digunakan semula oleh lain² jenis protein.

Beberapa kajian menunjukkan selain drp bahan² lain, bekam juga berupaya menyingkir keluar sejumlah sel² darah merah rosak atau mati sekaligus mengurangkan risiko pembentukan aterosklerosis dengan kombinasi lemak, kolesterol, kalsium dan bahan² lain. Sel² darah merah mati biasanya akan melalui proses fagositosis, ditelan dan diurai oleh makropaj. Namun tidak semua sel² darah merah mati ini sempat atau berjaya ditelan oleh makropaj. Sejumlah daripadanya mendap pada lesi² pembuluh darah arteri dan sebahagiannya lagi kekal berada dalam sirkulasi. Bekam sebenarnya lebih menyasarkan kepada sel² darah merah mati yg berada dlm sirkulasi terutamanya yg berada pada rangkaian kapilari. Tekanan negatif memaksa sejumlah sel darah merah mati ini menghampiri hujung kapilari arteri. Mereka tidak berupaya melepasi pori² kapilari kerana saiznya yg sedikit besar. Namun apabila hujung kapilari pada dermal papilla/sistem loop kapilari  dipecahkan oleh tusukan jarum atau sayatan pisau, sejumlah sel darah merah rosak atau mati akan keluar ke permukaan kulit dgn mudah. Penyedutan kedua akan memaksimakan lagi penyingkiran CPS yg lain termasuklah sejumlah bangkai sel² darah merah. Rumusannya: kekerapan berbekam di kalangan orang sihat 1-3 bulan sekali boleh menurunkan risiko pengendapan sejumlah sel darah merah rosak/mati pada dinding pembuluh darah arteri yg rosak sekaligus menurunkan risiko pembentukan atherosklerosis (kombinasi lemak & bahan² lain) selain menurunkan risiko pelbagai penyakit.

Ref:

1. Phagocytosis
Thomas P Stossel

2. Methods of wet cupping therapy (Al-Hijamah)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Waktu Bekam

🌱 *Tanggal Sunnah Berbekam 17,19,21 Setiap Bulan Hijriyah* ✍🏻 Bismillaah, dalam hitungan kelender Hijriyah bahwa tepat di tgl 17, 19 dan 2...